GAGASAN KUNDASANG SEDIA HADAPI PRN

sabahheadlines
1 Min Read

EDITOR

KUNDASANG (13 MEI): Parti Gagasran Rakyat Sabah (Gagasan) Kundasang telah siap siaga untuk menghadapi pilihan raya negeri ke-17.

Ketua bahagiannya Johari @ Joe Haji Suhaimin berkata semangat ahli parti khususnya di peringkat akar umbi amat membanggakan.

“Hakikatnya kita sudah bersedia menghadapi PRN Sabah dan ahli parti telah memperlihatkan semangat yang tinggi,” katanya ketika merasmikan mesyuarat tahunan cawangan bagi Pusat Daerah Mengundi (PDM) Perancangan di sini.

Mesyuarat di kediaman ketua cawangan Perancangan, Junis Sabut itu menyaksikan berapa usul dikemukakan.

Usul tersebut membawa suara akar umbi sebagai respon ucapan Johari.

Tamat

Share This Article