OLEH: SYARMILAH SALLEH
LAHAD DATU (12 MEI): Kerajaan Negeri memandang serius terhadap isu komuniti Pelauh yang sudah lama berlarutan di kawasan Pantai Timur Sabah termasuk Lahad Datu.
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk James Ratib berkata, isu tersebut telah lama berlarutan sehingga ada pihak – pihak yang tidak bertanggungjawab mempersoalkan pihak kerajaan seolah olah tidak berbuat apa- apa berkenaan perkara itu.
Malah terdapat juga pula pihak yang saling menuding jari seolah- olah isu ini tidak pernah dibincangkan.
“Justeru di bawah Kementerian saya bersama dengan Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan serta Pejabat Daerah Lahad Datu telah pun memulakan usaha menangani isu palauh sejak tahun lalu namun tidak dihebohkan kepada media kerana tidak mahu perkara ini dijadikan isu politik oleh pihak pembangkang, katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Sambutan Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Lahad Datu di Dewan Perdana pada Ahad.
Sehubungan itu beberapa program telah dijalankan iaitu Rumah Pasinggah Lahad Datu dimana satu program memberi pendidikan kepada kanak- kanak palauh yang dibimbing oleh guru guru yang bertauliah terutama kemahiran 3M ( Membaca, Mengira dan Menulis), cara membersihkan diri dan sebagainya.
” Program ini dilaksanakan setiap hari di Rumah Rehat Kerajaan Lahad Datu dan ianya mendapat sambutan kalangan komuniti palauh.
” Semoga jumlah kanak kanak di Rumah Pasinggah ini akan bertambah dan seterusnya mengurangkan jumlah palauh yang berkeliaran di kawasan kawasan Trafik light sekitar bandar..tambahnya.
Selain daripada itu juga program kerjasama strategik dengan Felda Sahabat melalui pemberian kerja kepada Palauh untuk bekerja di ladang Sawit juga memberikan impak positif.
Katanya seramai 19 orang palauh yang lulus temuduga dan tapisan awal telah pun ditawarkan bekerja secara kontrak di ladang Sawit Felda dengan pantauan dan seliaan berterusan daripada pihak Felda sendiri.
Skop kerja mereka katanya adalah seperti membersihkan pokok bulatan dan menyusun pelepah sebagai kerja – kerja peringkat permulaan.
Tambahnya, mereka juga diberikan pemeriksaan kesihatan bagi menjamin status kesihatan agar dapat bekerja dengan baik dan selesa.
“Saya melalui Kementerian saya akan terus menyokong usaha ini sehingga isu palauh dapat dibenteras atau dikurangkan demi kebaikan bersama selaras dengan agenda Kerajaan Negeri, katanya.
Mengenai sambutan pesta kaamatan yang bertemakan” Kaamatan untuk semua” James berkata pesta kaamatan adalah pesta untuk semua masyarakat tanpa mengira bangsa, agama atau budaya.
Katanya, ia membawa signifikan kepada kebaikan antaranya semangat perpaduan, kerjasama, dedikasi dan juga saling menyokong antara satu sama lain.
TAMAT
