LAHAD DATU BAKAL LAHIR RAMAI BAKAT SENI

sabahheadlines
2 Min Read

SYARMILAH SALLEH

LAHAD DATU(7Mei): Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu, Sharif Musa Sharif Mabul memberikan bayangan tahun ini akan menjadi bersejarah kerana daerah ini akan mengangkat dan mencari bakat baharu dalam dunia seni tempatan tanahair.

Katanya, tahun ini bakal menjadi detik penting dalam dunia seni tempatan apabila Jacky’s Music Entertainment di bawah pimpinan artis Sophiana Jacky mengambil inisiatif mencungkil dan membimbing bakat baharu dari Lahad Datu.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Grand Concert JME di Darvel Bay Plaza baru-baru ini.

“Menerusi pelbagai program pencarian bakat dan pentas persembahan yang disertai, para peserta yang diketengahkan merupakan pemenang pelbagai pertandingan peringkat negeri Sabah.

“Ini sekaligus membuktikan potensi besar anak-anak muda dari daerah ini untuk menembusi industri hiburan tanah air,katanya.

Menuritnya,penganjuran konsert seperti ini juga sangat baik dan percaya bakat tempatan Lahad Datu mampu pergi jauh jika diberikan platform dan bimbingan yang betul.

“Jacky’s Music Entertainment sebagai penganjur juga dilihat telah lama menjadi antara penggerak utama dalam membina landasan buat penggiat seni tempatan, dan pada tahun ini, usaha itu dijangka terus dipertingkat bagi memastikan lebih ramai artis baharu dapat dilahirkan.” katanya.

Menurut beliau, dengan semangat perjuangan yang tinggi dan sokongan masyarakat, tidak mustahil Lahad Datu akan melahirkan bintang yang bakal menghiburkan dan membanggakan tanah air tercinta.

Sophina Jacky, artis kelahiran Lahad Datu pada masa yang sama melancarkan single lagu terbaru berjudul, ‘Tiada Ganti’.

“Saya yakin lagu dan bakat sendiri serta originaliti mampu untuk membawa nama negeri Sabah ke peringkat nasional,” ujar Sophiana.

TAMAT

Share This Article