POLIS SANDAKAN PERKENAL QR CODE-ACP AHSMON

Acp Ahsmon memperkenalkan QR Code PRDM kepada orang awam ketika program Walkabout di pusat membeli belah di Sandakan

OLEH: ALEEYA VILLIAMON

SANDAKAN (6Mei): Polis terus memperlihatkan komitmen tinggi terhadap usaha untuk memerangi kegiatan jenayah.

Selain sentiasa melakukan operasi, Polis Sandakan memperkenalkan QR Code bagi memudahkan masyarakat menyalurkan maklumat dan membolehkan polis bertindak pantas.

Namun penglibatan dan sokongan masyarakat tetap diperlukan dan Ketua Polis Sandakan ACP Ahsmon Rajah berkata langkah penting bagi membolehkan polis dapatmemberikan khidmat dengan berkesan.

“Sejak sebulan lepas, polis telah menerima maklum balas sebanyak 64 peratus dan kita berharap akan mencapai sepenuhnya dengan masyarakat tampil memberikan maklumat,” katanya ketika ditemui di Harbour Mall di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Daerah, Supt. Ramasamy Kuppan dan Pengurus Besar Harbour Mall, Micheal Chong.

Katanya menerusi QR Code itu, ianya memudahkan masyarakat untuk menyalurkan maklumat dan membolehkan polis bertindak segera.

Menurutnya pihaknya banyak menerima aduan berkaitan aktiviti jenayah najis dadah.

“Purata untuk tempoh tiga tahun kebelakangan ini, lima individu telah kita tangkap berkaitan dengan najis dadah,” katanya dan menambah pihak polis berusaha mengambil tindakan pantas dalam usaha mengekang dan mengawal elemen-elemen itu sebelum ianya menjadi teruk.

Tamat

ACP Ahsmon menerangkan kepada orang awam mengenai QR Code sistem penyampaian maklumat PDRM sambil diperhatikan oleh Supt. Ramasamy Kuppan dan Micheal