sh@ editor
BEAUFORT (27 OGOS): Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) merupakan kerajaan terbaik buat rakyat.
Pembantu Menteri 1 Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Isnin Haji Aliasih berkata Kerajaan GRS sentiasa berusaha melakukan apa yang terbaik untuk rakyat.
“Pelbagai usaha telah dilakukan dan usaha itu tidak pernah terhenti …kerajaan amat prihatin terhadap rakyat,” katanya ketika ditemui selepas upacara pecah tanah City Mall di sini hari ini.
Katanya pelbagai bantuan dan inisiatif telah dinikmati oleh rakyat dan ia sekaligus membuktikan keikhlasan kerajaan dalam memperjuangkan nasib rakyat.
Menurutnya apa yang dilakukan oleh Kerajaan GRS tidak pernah dilakukan oleh kerajaan terdahulu.
Beliau berkata bantuan dan inisiatif diberikan serta disediakan kepada semua peringkat.
“Daripada pelajar, belia dan golongan dewasa merasai bantuan dan inisiatif kerajaan dan ini tidak dilakukan oleh kerajaan terdahulu.
“Dakwaan mereka Kerajaan GRS sebagai kerajaan yang gagal hanya mahu mengelirukan rakyat,” katanya lagi.
Isnin memberitahu pelbagai bantuan dan inisiatif yang diberikan serta disediakan oleh Kerajaan GRS turut membuktikan perkembangan ekonomi negeri berada pada tahap yang terbaik,” katanya lagi.
Keupayaan dan kejayaan Kerajaan GRS ini, katanya, telah menimbulkan rasa iri hati kepada pihak tertentu “kerana kegagalan mereka sewaktu menjadi kerajaan.”
Tamat
