PENDUDUK DISERU WUJUDKAN FASILITI DAN PRODUK PELANCONGAN TARIK PELANCONG LUAR KE TAWAU- MPT

sabahheadlines
2 Min Read

OLEH: SYARMILAH SALLEH
TAWAU 3 Mei – :Majlis Perbandaran Tawau (MPT) dan penduduk setempat disaran mewujudkan lebih banyak kemudahan dan produk pelancongan berkualiti dalam merancakkan lagi usaha menarik pelancong antarabangsa ke daerah ini.

Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat), Tan Sri Liew Yun Fah berkata, sinergi ini amat penting bagi mempromosi Tawau sebagai destinasi pilihan di Pantai Timur Sabah selain Semporna.

Beliau berkata,Pelancong China tidak datang untuk ke hotel tujuh atau lima bintang sebaliknya mahu merasai sendiri kehidupan kampung, makanan tempatan dan budaya masyarakat tempatan.

“Oleh itu, seperti yang pernah diwarkan oleh kerajaan dan kalau penduduk kampung dapat membangun ‘homestay’ dan produk pelancongan lain, saya percaya memang menarik pelancong yang lebih ramai lagi dalam jangka masa terdekat.

“Saya minta kalau boleh MPT juga memainkan peranan carikan tempat-tempat khusus yang sesuai untuk membina gerai-gerai makan (Foodcourt) seperti di Pulau Pinang atau di Johor di mana kita nampak yang boleh menarik pelancong untuk datang ke tempat kita,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyambut ketibaan 186 pelancong yang tiba di Lapangan Terbang Tawau dengan penerbangan sulung AirAsia dari Macau, China kira-kira pukul 7.50 malam.

Liew turut memuji usaha Koordinator Pengusaha pelancongan, Wong Nyuk Lin yang membawa sebahagian pelancong Macau untuk menikmati percutian mereka di Tawau dan Pulau Sebatik.

“Program ini sudah lama dirancang dan akhirnya telah dilaksana pada hari ini dengan kerjasama AirAsia serta agensi pelancongan di Macau dan apa yang saya harapkan pelancong ini melihat potensi Tawau sebagai destinasi yang wajar dilawati,” katanya.

Sementara itu, Wong juga menyatakan komitmen memastikan Tawau menjadi hentian pelancong China susulan penerbangan terus dari Macau yang beroperasi setiap Jumaat dan membawa lebih 180 penumpang.

“Kita bekerjasama dengan Shangpin Tour dari Macau0 untuk membawa sebahagian pelancong ini ke Tawau selepas ke Semporna dengan menginap di sebuah hotel di Tawau, memasuki Pulau Sebatik dan kawasan luar bandar.

“Saya harap selepas ini akan lebih ramai lagi pelancong berkunjung ke Tawau,” ujarnya.

TAMAT

Share This Article