BEAUFORT (3 Mei): Beaufort sememang sinonim dengan bencana banjir namun pada kali ini ia mencapai angka kali kesembilan.
Catatan itu yang direkodkan sejak awal tahun ini sehingga awal Mei ini.
Dan hari ini hujan lebat berterusan sejak awal pagi telah menyebabkan beberapa laluan utama di daerah sini dilanda banjir, menjejaskan aliran trafik dan pergerakan penduduk setempat.
Menurut laporan antara jalan yang terjejas termasuklah Jalan Luagan, Jalan Lumatai, Jalan Binunuk, dan Jalan Balibata.
Pihak berkuasa telah mengambil tindakan awal dengan memasang papan tanda amaran di lokasi-lokasi terjejas bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya.
Orang ramai dinasihatkan untuk merancang perjalanan dengan teliti dan mematuhi arahan pihak berkuasa. Pihak berwajib akan terus memantau situasi dan memberikan makluman dari semasa ke semasa.
Untuk rekod, paras air sungai padas berada kini di paras bahaya dengan bacaaan setakat jam 4 petang pada 9.69 meter.
Sumber : JABATAN KERJA RAYA SABAH

