Khairul Firdaus Tidak Berhasrat Bertanding Pada PRN Ke-17

khaiz
2 Min Read

KHAIRUL FIRDAUS TIDAK BERHASRAT BERTANDING PADA PRN 17 SANDAKAN – Ahli Parlimen Batu Sapi, Khairul Firdaus Akbar Khan mengesahkan yang beliau tidak berhasrat untuk meletakkan dirinya sebagai calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke – 17 akan datang.
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya itu sebaliknya menyerahkan sepenuhnya kepada Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Panglima Hajiji Noor untuk menentukan siapa calon yang sesuai diletakkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekong.
Katanya sebagai Ahli Parlimen masih banyak lagi yang belum dapat melaksanakan sepenuhnya tanggungjawab tersebut dan apa yang lebih penting kemajuan dan pembangunan Batu Sapi perlu diberikan keutamaan demi kepentingan rakyat di situ.
“Alhamdulillah tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen pun masih belum dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya. Saya percaya Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, selaku Presiden Parti, dia tahu siapa yang terbaik untuk diletakkan di DUN Sekong ini,”katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Iftar Madani @ Batu Sapi di Pasir Putih
Khairul Firdaus ditanya media pada sidang media berkenaan samada menawarkan diri untuk bertanding menjelang PRN Ke – 17 nanti.
Mengulas lanjut, beliau berpendapat Kerajaan GRS dibawah kepimpinan Hajiji selaku Ketua Menteri perlu dipertahankan demi pembangunan Sabah yang lebih baik.
Katanya, walaupun timbul pelbagai isu seperti masalah air dan sebagainya namun pihak kerajaan terus mencari jalan mengatasinya melalui tindakan dan pelan strategik.
“Kita perlu tahu Kerajaan Negeri Sabah di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Hajiji telah melakukan pelbagai pelan dan juga pelbagai tindakan yang mampu membawa Sabah ke tahap yang lebih cemerlang.
Beliau berkata kita tahu isu seperti elektrik dan air dan penempatan dan juga jalanraya ni menjadi isu yang paling panas setakat ni, persoalannya ya kita perlu tanya diri kita sendiri juga apakah jaminan kalau laa rakyat Sabah tidak berminat dengan kepimpinan yang ada, adakah ianya boleh menyelesaikan masalah-masalah yang kita sebutkan tadi
Dalam perkembangan lain, beliau berkata Kementeriannya sentiasa menyokong dan memberi bantuan secara terus soal melibatkan program dan aktiviti pelancongan di negeri Sabah. 

Share This Article