AGIHAN KERUSI TIMBULKAN PERSOALAN

Ketua Penerangan PKR Sabah, Razeef Rakimin

Editor Sabah Headlines

KOTA KINABALU: Ketika Barisan Basional (BN) menyatakan mengenai agihan kerusi untuk pilihan raya negeri akan datang, Pakatan Harapan (PH) Sabah pula tamping mempersoalkan.

Ketua Penerangan UMNO Sabah Datuk Suhaimi Nasir telah mengesahkan agihan itu kepada media di Kuala Lumpur Selesa lalu.

Suhaimi mengesahkan bahawa BN Sabah akan bertanding sebanyak 40 kerusi dewan undangan negeri manakala 33 kerusi DUN pula bakal ditanding oleh PH.

Suhaimi juga memberitahu bahawa BN’PH sudah ada persefahaman dan tidak akan berlaku pelanggaran agihan kerusi.

Suhaimi juga mengesahkan pada ketika ini proses saringan calon sedang berlansung.

Begitupun Ketua Penerangan PKR Sabah, Razeef Rakimin dalam kenyataannya di sini hari ini, mempersoalkan kenyataan Suhaimi.

Razeef berkata kenyataan Suhaimi mengenai agihan kerusi itu sebagai diluar pengetahuan PKR Sabah.

” Dari mana Suhaimi mendapat angka 40 untuk BN itu dan kita tidak tahu dengan siapa beliau berbincang,” katanya.

“PH belum bertemu secara rasmi sama ada dengan BN mahupun Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi membincangkan kerjasama apatah lagi agihan kerusi,” katanya yang juga Timbalan Ketua Penerangan PKR Pusat.

Razeef juga memberitahu bahawa beliau telah mendapat pengesahan dati semua pimpinan PH Sabah bahawa belum ada sebarang perbincangan dibuat dengan BN Sabah mengenai kerjasama atau agihan kerusi.

Tambahnya, PKR dan PH Sabah terbuka untuk bekerjasama dengan semua pihak yang mempunyai aspirasi sama untuk negeri Sabah, namun biarlah perkara itu dibincangkan dalam pertemuan rasmi.

Tamat