PENDEKATAN SANTAI LEBIH BERKESAN

sabahheadlines
1 Min Read

BEAUFORT: Pendekatan santai memudahkan rakyat untuk menyatakan masalah yang dihadapi.

Timbalan Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Klias, Haji Mohd Jali Nordin berkata pendekatan itu juga membolehkan rakyat khususnya akar umbi mengetahui keadaan sebenar dan mengelak mereka daripada terpedaya dengan fitnah dan pembohongan pembangkang.

Katanya akar umbi juga dapat menilai apa yang dilakukan oleh kerajaan pada ketika ini dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan terdahulu.

“Setiap apa yang kerajaan ketika ini lakukan tetap sumbang pada mata pihak pembangkang tetapi rakyat tahu bahawa kerajaan sekarang sentiasa berusaha untuk rakyat,” katanya dan menambah: “Rakyat sendiri telah merasai nikmat usaha kerajaan sekarang.”

Beliau berkata kerajaan ketika ini jauh lebih baik apabila meletakkan repenting rakyat sebagai yang paling utama.

Katanya pelbagai bantuan diperkenalkan oleh kerajaan ketika ini dan bantuan itu pula sudah dinikmati oleh rakyat.

Tamat

Haji Mohd Jali bersama pemimpin di Beaufort pada majlis sambutan hari raya.

Share This Article