PELUANG SHAHELMY SUDAH TERTUTUP -BUNG MOKTAR

sabahheadlines
1 Min Read

OLEH: ALEEYA VILLIAMON

SANDAKAN: 25 April – Peluang Datuk Shahelmy Yahya untuk menjadi calon atas tiket Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri akan datang sudah tertutup.

Perkara itu disahkan sendiri oleh pengerusi Umno Sabah, Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin di sini hari ini

Bung yang ditemui pada majlis rumah terbuka Timbalan Ketua Umno Bahagian Batu Sapi berkata Umno Sabah tidak akan mencalonkan Shahelmy pada PRN nanti.

“Dia boleh bertanding atas tiket parti lain tetapi bukan BN kerana kita tidak akan mencalonkan dia.

“Perkara ini sudah lama saya maklumkan kerana Umno Sabah telah mencadangkan agar dia digantung sementara yang lain dipecat,” katanya.

Bung berkata Umno tidak mahu mengemukakan calon yang setia dan enggan untuk mematuhi keputusan yang dibuat oleh parti.

“Kita tidak mahu mencalonkan orang yang hanya memikirkan keuntungan sendiri dan tidak kepada parti,” katanya lagi.

Bung juga memberitahu bahawa keputusan mengenai penggantungan Shahelmy itu akan diperjelaskan pada mesyuarat majlis tertinggi Umno hujung bulan nanti.

Tamat

Share This Article