OLEH: ALEEYA VILLIAMON
SANDAKAN: 25 April – Keputusan Umno Sabah untuk bekerjasama dengan PH Plus masih belum dikemukakan secara rasmi.
Bagaimanapun respon yang diberikan amat baik, kata Pengerusi Umno Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Timbalan Ketua bahagian Umno Batu Sapi, Mohd Zharip Datuk Samsudin sini kelmarin.
“Kita belum mengemukakan secara rasmi tetapi kita telah memulakan perbincangan secara internal berhubung tentang teknikal dan sebagainya,” katanya.
Menurutnya langkah itu penting bagi menyesuaikan keadaan antara kedua-dua parti.
” Saya yakin dan percaya matlamat kita ialah mempastikan kerajaan perpaduan terjamin dan terpelihara tanpa sebarang ganggugugat.
“Atas sebab itulah kita mencadangkan kerjasama antara kedua parti besar ini, katanya lagi.
Ditanya tentang respon pengerusi BN, Bung berkata respon yang diberikan adalah positif dan memaklumkan akan mengadakan mesyuarat bagi mengemukakan cadangan Umno Sabah.
Tamat
