OLEH: ALEEYA VILLIAMON
SANDAKAN: Sejumlah 1.3 kilogram dadah dirampas dengan 152 orang ditahan menerusi operasi khas pemutihan kegiatan jenayah dadah di sini.
Operasi yang bermula sejak 20 Mac sehingga 20 April tahun ini, turut menyaksikan polis berjaya merampas 235ml cecair mengandungi dadah vape mushroom.
Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan PDRM hari ini, Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Ahsmon Bajah berkata najis dadah yang dirampas itu termasuklah syabu jenis Methamphetamine, serbuk ekstasi, pil ekstasi dan ketamin.
Beliau juga berkata polis turut menyita lapan kenderaan pelbagai jenis selain barangan kemas.
“Nilai rampasan berjumlah RM350 ribu,” katanya lagi dalam kenyataan media di pejabat Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan pada hari ini
Beliau juga memberitahu, polis turut merekodkan seramai 4167 orang telah ditahan atas kesalahan jenayah dadah sepanjang tahun 2023 sehingga kini.
Beliau menasihatkan orang ramai agar terus memberikan kerjasama dengan menyalurkan maklumat kepada pihaknya melalui saluran VSP, Code atau bersemuka di mana-mana pejabat polis di daerah ini.
Tamat

Orang ramai digesa memberikan kerjasama membenteras kegiatan jenayah dadah di Sandakan dengan mengunakan saluran scan me dan bersemuka di balai polis berhampiran.
