PEMANTAUAN TERHADAP PPR SENTIASA DILAKUKAN-ISNIN

sabahheadlines
1 Min Read
PPR sentiasa di pantau

SH-Editor

KOTA KINABALU:16 April- Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan sentiasa membuat pemantauan ke atas Program Perumahan Rakyat (PPR) dari semasa ke semasa.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Isnin Haji Aliasnih ketika demikian menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri Gum-Gum, Arunarnsin Taib pada Sidang DUN Sabah di sini hari ini.

Isnin berkata pemutihan juga sedang giat dilakukan bagi kes-kes pelanggaran seperti sewa atas sewa, rumah transit dan tunggakan sewa melebihi tiga bulan.

Bagi PPR Taman Murni, katanya, Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) telah membuat penguatkuasaan dan didapati terdapat kekosongan sebanyak lapan lapan unit.

Manakala PPR di Taman Batu Putih, MPS telah membuat pemantauan sebanyak dua kali pada tahun 2024 dan satu kali pada tahun 2025, katanya dan menambah setakat ini, tiada kekosongan unit di PPR ini. Bagi PPR di Taman Gum-Gum Jaya, pemantauan dan tindakan penguatkuasaan telah dilaksanakan dan enam unit dikosongkan dan sedia untuk diisi, katanya lagi.

Tamat

Share This Article