Mayat seorang lelaki ditemui tergantung

sabahheadlines
1 Min Read
Bomba sedang berusaha mengeluarkan mayat mangsa

KOTA KINABALU: 4 April – Mayat seorang lelaki ditemui tergantung pada dahan sebatang pokok di kawasan lereng bukit, berhampiran pantai ODEC di sini pada Jumaat

Mayat lelaki dalam lingkungan 20 tahun itu ditemui pada kira-kira pukul 1.20 tengah hari dalam keadaan tergantung dengan tali.

Mengesahkan kejadian, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Timbalan Penguasa Bomba I, Ordine Gilu berkata bomba menerima panggilan daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk bantuan mengangkat mayat yang tergantung di atas pokok di kawasan lereng bukit.

Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis dan tindakan selanjutnya.

Tamat

Share This Article