Dua Penunggang Motosikal Maut Di Jalan Felda Sahabat 40, Petang Jumaat

khaiz
1 Min Read

SABAH HEADLINES -SYARMILAH SALLEH

15 MAC 2025

LAHAD DATU: Dua penunggang motorsikal maut dalam satu kemalangan jalanraya di jalan Felda Sahabat 40,pada petang jumaat.

Timbalan Ketua Polis Daerah,SUPT Jimmy Panyau berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 6.15 petang melibatkan dua buah motorsikal.

Katanya, hasil siasatan mendapati kemalangan itu berlaku semasa sebuah motorsikal jenis comel JMP-110 yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 43 tahun warganegara Indonesia dari arah Felda Sahabat 30 menuju ke Kembara Sakti.

“Tiba di lokasi kemalangan,sebuah motorsikal jenis Suzuki yang ditunggang oleh seorang lelaki 17 tahun warganegara Filipina dari arah Kembara Sakti dipercayai telah hilang kawalan dan masuk ke lorong bertentangan lalu bertembung dengan motorsikal jenis comel tersebut,katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Akibat daripada perlanggaran tersebut,kedua-duanya penunggang motorsikal terbabit telah mendapat kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi.

Kedua-duanya mayat mangsa dibawa ke Hospital Lahad Datu.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1)APJ 1987.

Sehubungan itu mana-mana individu yang menyaksikan kejadian tersebut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik ,Inspektor Humaidi bin Harun di talian 089-881255 atau datang terus ke Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu.

Share This Article