SABAH HEADLINES -SYARMILAH SALLEH
10 MAC 2025
SEMPORNA: Seorang pelancong warga China disyaki lemas selepas melakukan aktiviti menyelam di perairan Pulau Mabul, di sini, pada ahad.
Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mohd Sabri Zainol berkata dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari, mangsa lelaki berusia 34 tahun ditemui terapung oleh jurulatih selam di permukaan air, sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Semporna.
” Pihak polis menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 2.36 petang daripada
pengadu iaitu jurulatih selam yang memaklumkan seorang pelancong warga China disyaki lemas ketika melakukan aktiviti menyelam di perairan pulau berkenaan.,katanya.
Menurutnya, pengadu bersama seorang lagi Jurulatih telah membawa lima penyelam di kedalaman 12 meter di perairan Pulau Mabul, pada jam 10.50 pagi.
“Kira-kira jam 12.30 tengah hari aktiviti menyelam selesai dan semua penyelam naik dan menyerahkan peralatan termasuk mangsa,” katanya dalam satu kenyataan media,semalan.
Selepas itu, katanya, mangsa masih berenang berlegar-legar di permukaan air sekitar bot.
Namun apabila semua telah naik ke bot pengadu dapati mangsa tiada di atas bot.
Selepas membuat pemeriksaan mangsa telah terapung di permukaan air dalam keadaan badan dan muka terlangkup dalam air.
“Dengan bantuan penyelam yang lain telah mengangkat mangsa ke atas bot dan cuba memberi bantuan pernafasan dan terus dibawa ke Hospital Semporna,” katanya.
Bagaimanapun, setibanya di hospital, pegawai perubatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.
Berkaitan kejadian tersebut, Mohd Sabri berkata pihaknya telah membuka kertas siasatan yang diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Proses bedah siasat akan dijalankan dalam masa 48 jam sekiranya masih tiada waris yang tampil untuk menuntut jenazah bagi mengelakkan mayat mangsa reput teruk.
Sehubungan itu Pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan, boleh menghubungi Ketua Balai Polis Bum-Bum, Asisten Superintenden Polis (ASP) Mohammad Ali Bin Amat di talian 013-2120852 atau tampil untuk menyalurkan maklumat di mana-mana balai polis dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) yang berhampiran.
