SABAH HEADLINES -SYARMILAH SALLEH
8 MAC 2025
KOTA KINABALU: Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan hari ini memaklumkan seramai 418 orang daripada 121 dipindahkan di Beaufort akibat banjir setakat 8 pagi tadi.
Seramai 374 mangsa daripada 106 keluarga ditempatkan di Pusat Pemindahan Kekal Dewan Selagon, manakala 44 mangsa daripada 15 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Datuk Sri Panglima Mohd Dun Banir.
Sebanyak 10 kampung terjejas akibat banjir di Beaufort dan pemindahan mangsa pagi ini meningkat,”
Sementara itu daerah Membakut juga dilanda banjir pada pagi ini dengan PPS Dewan Kesenian Islam Membakut telah dibuka untuk pemindahan mangsa banjir.
Sebanyak 10 buah kampung di daerah dilaporkan terjejas akibat banjir.
