POLITEKNIK SANDAKAN SABAH RAIH ANUGERAH THE BEST PRODUCT DI THE APPRENTICE POLYCC PRODUCT CHALLENGE
Oleh: Aleeya Villiamon
ARAU, Perlis – 15 Feb– Politeknik Sandakan Sabah (PSS) telah mengharumkan nama institusi apabila meraih Anugerah The Best Product di The Apprentice PolyCC Product Challenge. Pertandingan yang berlangsung bersempena Program Karnival TVET di Arau.
Program selama tiga hari (14-16 Februari) ini telah diadakan di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS).
27 buah Politeknik dan Kolej Komuniti dari seluruh Malaysia berentap di dalam pertandingan ini bagi mendapatkan anugerah ini.
Program ini dianjurkan oleh Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar (BAPP), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) melalui Unit Keusahawanan, PTSS.PSS telah menampilkan empat produk inovatif yang membuktikan komitmen mereka terhadap kualiti dan kreativiti:
High Fibre Cookies di bawah seliaan Ts. Nurul Safeza.
Instant Creamy Scallop Soup di bawah seliaan Pn. Asmahani Asmara.
Fish Choc Chip Cookies juga di bawah seliaan Pn. Asmahani.
Shrimpzest Premix Powder di bawah seliaan Pn. Fazilah.
Kejayaan ini merupakan satu pengiktirafan atas usaha dan inovasi yang ditunjukkan oleh warga PSS, khususnya para pensyarah dan pelajar yang terlibat. Ia juga membuktikan komitmen PSS dalam memupuk budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar.
