SPRM TAHAN PENGARAH KLINIK DISYAKI KEMUKA DOKUMEN PALSU RM50,000

sabahheadlines
1 Min Read

LAHAD DATU,2 November – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan seorang pengarah klinik swasta kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu bagi permohonan dana Program Saringan Kesihatan bernilai kira-kira RM50,000.

Suspek lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira jam 8 malam semalam ketika hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM cawangan Lahad Datu.

Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan itu pada 2023 dengan menggunakan maklumat 880 pekerja yang juga pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) tanpa pengetahuan mereka bagi memohon dana program berkenaan.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk Mohd Fuad Bee Basrah mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Beliau berkata, suspek akan dilepaskan selepas keterangannya diambil.

Share This Article