TYT TERIMA KUNJUNGAN BEKAS KETUA MENTERI SABAH

sabahheadlines
1 Min Read

KOTA KINABALU, 22 Oktober – Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa Haji Aman menerima kunjungan hormat bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Chong Kah Kiat, di Istana Seri Kinabalu, di sini.

Menerusi perkongsian di Facebook pada 22 Oktober, Tun Musa menyifatkan pertemuan itu sebagai kesempatan untuk bertemu semula dengan bekas rakan sejawat yang pernah bersama-sama berkhidmat dalam kerajaan negeri.

Menurut beliau, hubungan mereka telah terjalin sejak sekian lama termasuk ketika Tan Sri Chong menerajui pentadbiran negeri sebelum beliau mengambil alih jawatan Ketua Menteri Sabah pada 2003.

Tun Musa turut mengakui bahawa mereka pernah mempunyai perbezaan pendapat namun perkara itu tidak menghalang kedua-duanya daripada mengekalkan hubungan baik.

Pertemuan itu turut menjadi ruang untuk mengimbau kembali pengalaman sepanjang penglibatan mereka dalam arena politik dan perkhidmatan awam selain bertukar khabar serta berkongsi pandangan mengenai pelbagai perkara berkaitan kepentingan negara8 khususnya Sabah.

Beliau berpandangan bahawa komunikasi terbuka dan hubungan baik tetap penting dalam memupuk persefahaman serta meneruskan langkah ke hadapan meskipun masa terus berlalu.

Share This Article