WANITA GAGASAN RAKYAT NAFI DAKWAAN 20 USUL DESAK KETUA WANITA BERUNDUR

sabahheadlines
1 Min Read

KOTA KINABALU,17 OGOS – Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) menafikan dakwaan kononnya terdapat 20 usul daripada bahagian parti yang mendesak Ketua Wanita Gagasan Rakyat, Datuk Redonah Bahanda, berundur daripada jawatannya.

Wanita Gagasan Rakyat menegaskan dakwaan itu tidak benar dan tidak mencerminkan keadaan sebenar kepimpinan organisasi.

Dalam pada itu, poster yang menggunakan logo Sabah Info dan mendakwa wujud desakan berkenaan turut disahkan sebagai palsu serta bukan bahan rasmi pihak berkenaan.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah mempercayai atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan serta persepsi tidak tepat terhadap organisasi dan kepimpinannya.

Wanita Gagasan Rakyat kekal memberi tumpuan kepada pengukuhan organisasi, kesatuan ahli serta agenda memperkasa wanita di peringkat akar umbi.

Share This Article