KM HADIRI KONGRES NASIONAL KEADILAN 2026

sabahheadlines
1 Min Read

MELAKA, 15 OGOS – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menghadiri Majlis Perasmian Kongres Nasional KEADILAN 2026 di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, hari ini.

Hajiji hadir sebagai jemputan khas bersama beberapa pemimpin dan wakil rakyat GRS, antaranya Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam, Datuk Rubin Balang, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, Datuk James Ratib, Datuk Mohd Razali Mohd Razi dan Encik Syed Ahmad Syed Abas.

Kongres Nasional KEADILAN 2026 yang membawa tema “Memugar Reformasi, Membina Madani” itu dirasmikan Perdana Menteri merangkap Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Share This Article