KM SABAH KUNJUNGI TYT MELAKA, PERKUKUH HUBUNGAN SABAH-MELAKA

sabahheadlines
1 Min Read

MELAKA, 14 OGOS – Hubungan antara Sabah dan Melaka terus diperkukuh menerusi kunjungan hormat Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor kepada Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr Haji Mohd Ali Mohd Rustam, di Istana Melaka, Bukit Beruang di sini pada jumaat.

Kunjungan berkenaan menjadi platform penting bagi kedua-dua pemimpin bertukar pandangan mengenai pelbagai perkara yang menyentuh kepentingan Sabah dan Melaka.

Hajiji tiba bersama rombongan kira-kira jam 3.35 petang dan disambut Tun Mohd Ali sebaik tiba di Istana Melaka.

Kedua-dua pihak kemudian mengadakan perbincangan mengenai pelbagai aspek sebelum mengakhiri pertemuan dengan jamuan petang.

Turut mengiringi Ketua Menteri Sabah ialah Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Rubin Balang; Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Jamawi Jaafar serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik, Datuk Mohd Razali Mohd Razi.

Share This Article