DUN SABAH:MINI STADIUM SUNGAI MANILA DICADANG, PERKASA PEMBANGUNAN BELIA DAN SUKAN

sabahheadlines
1 Min Read

KOTA KINABALU, 20 JULAI – Cadangan pembinaan sebuah Mini Stadium di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Manila dilihat mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan belia, sukan dan aktiviti komuniti setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manila, Datuk Haji Hazem Mubarak bin Tun Musa berkata, kemudahan berkenaan amat dinantikan oleh rakyat dan berpotensi menyokong aspirasi menjadikan Sungai Manila sebagai sebuah Education Hub.

Beliau berkata demikian selepas menerima jawapan daripada Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berhubung cadangan pembinaan Mini Stadium itu pada hari pertama Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Menurut Datuk Hazem, penyediaan kemudahan sukan yang lebih lengkap bukan sahaja memberi ruang kepada pembangunan bakat muda malah dapat menggalakkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti sihat dan kemasyarakatan.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Datuk Nizam atas perhatian serta maklum balas yang diberikan sambil berharap perancangan tersebut dapat direalisasikan demi manfaat warga Sungai Manila.

Share This Article