LAHAD DATU, 14 JULAI – Majlis Serah Menyerah Tugas Ketua Cawangan Khas Daerah (KCKD) Lahad Datu telah berlangsung hari ini sebagai simbol kesinambungan kepimpinan dalam memperkukuh fungsi risikan dan keselamatan di daerah ini.
Dalam majlis berkenaan, ASP Abbas Saud secara rasmi menyerahkan tugas sebagai Ketua Cawangan Khas Daerah kepada Pemangku KCKD, Inspektor Mohammad Husairi Abd Razak.
ASP Abbas kini akan meneruskan perkhidmatan di Bahagian E3, Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah selepas lebih enam tahun menabur bakti di IPD Lahad Datu.
Majlis serah terima tugas itu disaksikan oleh Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Dzulbaharin Hj. Ismail serta dihadiri 20 pegawai kanan .
Majlis tersebut mencerminkan komitmen Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memastikan kelangsungan kepimpinan serta pengoperasian Cawangan Khas Daerah Lahad Datu terus diperkukuhkan demi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam.
