HMM CHESS: FAIZAL JUARAI TERBUKA

sabahheadlines
2 Min Read

SANDAKAN,6 JULAI- Mohd Faizal Roslan menjuarai kategori terbuka HMM Chess Rapid Championship Sandakan Ahad lalu.

Faizal mewakili Semporna manakala Awang Mohd Syafie Kifflee yang mewakili Universiti Malaysia Sabah (UMS) Labuan tempat kedua dan ketiga dimenangi oleh Edgar Asmad daripada Tawau.

Bagi kategori bawah 18 pula Muhd Izz Zamir Hafiy Mansur daripada SMK Sains Lahad Datu menduduki tempat pertama manakala Ivan Ma Owen Jalumin (SMK ELopura 2 Sandakan) dan Nur Izz Zayani Zulhimat (SMK Lohan Ranau) masing-masing tempat kedua dan ketiga.

Mohammad Syahid Norzali daripada SK St Dominic Lahad Datu memenangi tempat pertama kategori bawah 12 tahun.

Tempat kedua dimenangi oleh Ijlal Huzaiman Ibno Hajal daripada SK Sungai Anib 3 manakala Mohamad Zafran Mohamad Faizal dari SK Sungai Katy tempat ketiga.

Soupin Hosdi daripada Tamparuli dan Munifah Zuyyin daripada SK Islamiah Tawau masIng-masing diumumkan sebagai Veteran Terbaik dan Wanita Terbaik.

Para Terbaik pula dimenangi oleh Kumpit Acting daripada Para Sabah.

Rafael Talu Roberto Beribe daripada SK St Mary Town Sandakan diumumkan sebagai Lelaki Terbaik Bawah Sembilan Tahun sementara Afrin Azman daripada SK Islamiah Tawau pula diumumkan Perempuan Terbaik Bawah Sembilan Tahun.

Dalam pada itu penganjur turut memberikan penghargaan kepada tiga peserta luar negara.

Mereka termasuklah pemain adik-beradik daripada Chinese Teipei, Ho Che-Ming dan Ho Tse-Ming serta Zaimal Berahima daripada Indonesia.

Share This Article