KEBAKARAN MUSNAHKAN SEMBILAN GERAI DI KAMPUNG PENING LALAT

sabahheadlines
1 Min Read

SANDAKAN, 28 JUN – Sembilan buah gerai jenis separuh kekal musnah kira-kira 80 peratus dalam satu kejadian kebakaran di Kampung Pening Lalat, Karamunting, pagi kelmarin.

Kebakaran turut memusnahkan tiga buah kereta dan sebuah motosikal. Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan cedera atau terkorban.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.43 pagi dan berjaya mengawal kebakaran dalam tempoh singkat selepas tiba di lokasi.

Punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Share This Article