KUALA LUMPUR, 18 JUN – Suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, Datuk Kamil Misuari, meninggal dunia hari ini.
Menurut kenyataan media yang dikeluarkan, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada petang khamis dan urusan jenazah akan disempurnakan di Kuala Lumpur sebelum dibawa pulang ke Kuching, Sarawak pada 19 Jun untuk pengebumian.
Jenazah akan ditempatkan di kediaman rasmi Nancy Shukri di Petra Jaya bagi memberi peluang kepada orang ramai memberikan penghormatan terakhir sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang, Kuching.
Orang ramai turut dipinta mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah.
