KOTA KINABALU :11 JUN – Agenda pembangunan pendidikan di negerikan terus diutamakan.
Ia termasuklah memperkasakan pemnangunan modal insan, peluasan bantuan pendidikan serta pengukuhan bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik
(STEM) serta literasi kecerdasan buatan (AI).
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, berkata usaha itu penting bagi memastikan setiap anak Sabah memperoleh peluang pendidikan terbaik sekali gus melahirkan generasi berilmu, berakhlak mulia sertaberdaya saing.
Beliau berkata, pembangunan modal insan akan terus diperkasa sejajar dengan aspirasi kerajaan negeri untuk meningkatkan kecemerlangan pendidikan dan memperkukuhkan
masa depan Sabah.
“Bidang kemahiran dan pembangunan belia akan terus diperkasa melalui peluasan biasiswa dan bantuan pendidikan.
” Pemerkasaan TVET, pengukuhan STEM, latihan pertanian dan teknologi digital dengan penumpuan terhadap literasi AI adalah antara bidang yang turut diberi keutamaan oleh kerajaan negeri,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Apresiasi Pengurusan Sekolah (MAPenS) Kali Keempat Tahun 2026 anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.
Hajiji berkata, kerajaan negeri sentiasa menyokong usaha memperkasakan pendidikan melalui pelbagai inisiatif dan kerjasama strategik bersama JPNS serta Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM).
Menurutnya, antaranya dilaksanakan termasuk pembinaan dan naik taraf sekolah, penyediaan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), program motivasi murid luar bandar, bantuan biasiswa serta pelbagai intervensi pendidikan.
Beliau berkata, kerajaan negeri juga meneruskan pelbagai bantuan pendidikan
termasuk biasiswa dan dermasiswa serta 14 inisiatif bantuan pendidikan sedia ada.
“Antara bantuan yang disediakan ialah Bantuan Tunai Pendaftaran IPT Secara One-Off
(BUDI), Bantuan Ihsan Komputer, Bantuan Khas Tunai Peperiksaan, Bantuan Tiket
Penerbangan Pelajar Sabah dan Sumbangan Mahasiswa Pengajian Tinggi Dalam
Sabah (SENTOSA).
“Selain itu, Yayasan Sabah dan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS)turut menawarkan bantuan pendidikan yang boleh dimanfaatkan rakyat,” katanya.
Dalam pada itu, Hajiji turut merakamkan penghargaan kepada seluruh warga pendidikan
atas pencapaian memberangsangkan dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) 2025.
Katanya, peningkatan prestasi berdasarkan Gred Purata Negeri (GPN) daripada 5.00
pada 2024 kepada 4.85 pada 2025 membuktikan komitmen tinggi dan usaha gigih
warga pendidik dalam meningkatkan kecemerlangan pendidikan di negeri ini.
