LELAKI MAUT DIHEMPAP POKOK TUMBANG DI JALAN SEPULUT–KALABAKAN

sabahheadlines
1 Min Read

NABAWAN, 3 JUN – Seorang lelaki berusia 33 tahun meninggal dunia selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya dihempap sebatang pokok reput yang tumbang secara tiba-tiba di Kilometer 36.30, Jalan Sepulut–Kalabakan, Isnin lalu.

Menurut polis, mangsa sedang dalam perjalanan bersama isterinya apabila pokok tersebut tumbang dari arah kanan jalan lalu menghempap bahagian hadapan kenderaan mereka.

Akibat kejadian itu mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan muka. Beliau dikejarkan ke Klinik Kesihatan Nabawan untuk mendapatkan rawatan, namun disahkan meninggal dunia.

Isteri mangsa yang turut berada di dalam kenderaan hanya mengalami kecederaan ringan dan terselamat.

Keadaan cuaca ketika kejadian dilaporkan baik dan tiada kejadian tanah runtuh berlaku di kawasan berkenaan.

Pihak berkuasa masih menjalankan siasatan lanjut mengenai insiden tersebut

Share This Article