KOTA KINABALU, 27 MEI – Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah (TYT), Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa Haji Aman pagi ini menyertai ribuan umat Islam menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Negeri Sabah.
Turut menunaikan solat sunat Aidiladha ialah Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Jamawi Jaafar, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Safar Untong, Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Razali Wahab, para Pembantu Menteri serta Ketua-ketua Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan.
Solat sunat Aidiladha itu dipimpin Imam Besar Masjid Negeri Sabah, Haji Suhadi Kuanting manakala khutbah Aidiladha disampaikan oleh Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Haji Bungsu Aziz Jaafar.
Selepas menunaikan solat sunat Aidiladha, Tun Musa turut beramah mesra dan bersalaman dengan para jemaah yang hadir.
