SANDAKAN, 13 MEI- Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Sandakan menahan dua lelaki dalam Ops Tapis yang dijalankan di Kampung Tinusa 2 dan Taman Rajawali, Batu 7, di sini, pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Sandakan, George B. Abd Rakman berkata, operasi yang berlangsung dari jam 12 tengah hari hingga 3 petang itu berjaya menahan seorang lelaki disyaki terlibat dalam penagihan dadah, manakala seorang lagi dipercayai memiliki dadah jenis syabu.
Menurutnya, kes memiliki dadah disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Beliau berkata, kedua-dua suspek kemudian dibawa ke pejabat BSJND IPD Sandakan untuk menjalani ujian saringan awal air kencing sebelum didapati positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.
“Susulan itu, kes turut disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kedua-dua suspek kini ditahan di lokap IPD Sandakan bagi membantu siasatan lanjut,” katanya.
Tambah beliau, operasi berkenaan dilaksanakan secara berterusan selaras komitmen polis dalam membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di daerah
