SANDAKAN,5 MEI-Bantuan tangki diberikan bagi membantu rakyat yang berhadapan dengan masalah bekalan air bersih.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manila Datuk Hazem Mubarak Tun Musa berkata, bantuan itu adalah menyeluruh dan bukan hanya kepada tempat tertentu.
“Mana-mana tempat termasuk taman perumahan yang berhadapan dengan masalah bekalan air akan disumbangkan tangki.
“Tangki itu adalah untuk membolehkan jabatan air menyalurkan air bagi kegunaan penduduk,” katanya di sini kelmarin.
Bercakap kepada media selepas menyantuni penduduk Kampung Luboh, Hazem berkata, sumbangan tangki itu sedikit sebanyak membantu penduduk yang berhadapan dengan masalah bekalan air.
Katanya, sewaktu Kampung Luboh itu berhadapan dengan masalah bekalan air, beberapa tangki telah disumbangkan ke kampung itu.
“Bukan hanya kampung ini tetapi kawasan juga menerima sumbangan tangki tersebut,” katanya lagi.
Hazem memberitahu, pihaknya tidak pernah berdiam dengan masalah yang dihadapi oleh rakyat.
Usaha untuk membantu sentiasa dilakukan, katanya dan menambah penyelesaian masalah bekalan air di kampung itu adalah salah satu usha yang telah dilaku.
“Kita berterima kasih kepada kerajaan dan ini membuktikan GRS ada kerajaan yang prihatin dan sentiasa berusaha untuk rakyat,” katanya.
