BEAUFORT, 29 APRIL- Sabah berpotensi cemerlang dalam sukan muaythai.
Timbalan Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS), Haji Mohd Jali Nordin berkata, sukan semakin popular khususnya di kalangan generasi muda.
“Sudah ada anak Sabah yang berjaya mencatatkan nama bukan sahaja pada peringkat nasional tetapi antarabangsa.
“Sabah mempunyai potensi dalam sukan ini dan mampu lahirkanlebih ramai petarung dalam sukan ini,” katanya di sini.
Bercakap kepada media, selepas merasmikan program mengenali muaythai, Mohd Jali berkata generasi muda mula memberikan sambutan baik terhadap sukan itu.
Katanya, sambutan yang diberikan membolehkan sukan itu terus berkembang.
Langkah pihak tertentu yang mengambil inisiatif memperkenalkan sukan itu di luar bandar, katanya, membolehkan generasi muda memahani dan mengenali sukan itu dengan lebih dekat.
“Ia merupakan langkah yang baik kerana membuka peluang kepada generasi mula untuk tahu dengan lebih dekat sukan itu,” katanya lagi.
Beliau berkata, penglibatan generasi muda dalam sukan itu memperlihatkan potensi yang ada di negeri ini.
Biarpun, katanya, sukan itu kelihatan kasar namun ia tidak berbeza dengan sukan bersifat pertarungan seperti tinju dan sebagainya.
“Sukan itu agak agresif tetapi ia mempunyai disiplin yang perlu dipatuhi,” katanya lagi.
