KING COBRA 4 METER DITANGKAP DALAM OPERASI PANTAS DI SANDARAN STOR BAJA

sabahheadlines
1 Min Read

SANDAKAN, 27 APRIL- Tindakan pantas sepasukan anggota penyelamat berjaya menangkap seekor ular berbisa jenis Tedung Selar sepanjang kira-kira empat meter dalam satu operasi di Kampung Samawang, Jalan Labuk Bay, Batu 19, di sini hari ini.

Menurut sumber, kejadian itu disedari seorang pemilik kebun selepas ternampak reptilia berbahaya tersebut berada di dalam sebuah stor baja miliknya. Bimbang akan keselamatan diri dan persekitaran beliau segera menghubungi talian kecemasan 999 bagi mendapatkan bantuan.

Susulan laporan itu Skuad Bravo telah digerakkan ke lokasi dengan kekuatan empat anggota. Pasukan berkenaan bertindak mengawal situasi dengan cekap sebelum berjaya menangkap ular berkenaan menggunakan tiga penjerut khas.

Difahamkan, ular tedung selar seberat kira-kira 23 kilogram itu kemudian dimasukkan ke dalam karung keselamatan bagi mengelakkan sebarang risiko kepada orang awam.Operasi tersebut berlangsung lancar tanpa sebarang kecederaan dilaporkan.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada, khususnya di kawasan kebun atau persekitaran semak, serta segera melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya berdepan situasi berbahaya.

Share This Article