SANDAKAN, 27 APRIL – Komander Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), DCP Datuk Victor B. SANJOS mengadakan tinjauan kesiapsiagaan pasukan keselamatan di beberapa lokasi strategik sekitar perairan Beluran dan Sandakan kelmarin.
Tinjauan tersebut melibatkan Pos Penempatan Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB2), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) termasuk kawasan Pulau Selingan, Pulau Lankayan dan Pulau Bakungan Kecil.
Dalam lawatan itu, beliau diberikan taklimat mengenai situasi keselamatan semasa serta peranan pasukan yang bertugas dalam mengawal perairan negara khususnya di Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone).
Selain itu, Datuk Victor turut meneliti keperluan infrastruktur, tahap kesiapsiagaan aset pengawasan sempadan serta kawasan tumpuan pelancong di pulau-pulau berkenaan.
Beliau juga sempat berinteraksi dengan pengusaha pusat peranginan bagi mendapatkan maklum balas berhubung aspek keselamatan dan operasi pelancongan.
Turut hadir, Komander ATB2 Brigadier Jeneral Megat Maz Ardi Hj Nohuddin, Timbalan Komander ESSCOM Brigadier Jeneral Fissol Abd Hadi dan Setiausaha Perbandaran Sandakan, Irman Tajuddin Edi
serta pegawai kanan daripada ESSCOM, Markas ATB2, Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Sandakan, Taman-Taman Sabah, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Sandakan dan Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan.
