ZIARAH PRIHATIN PGRS SEKONG RINGANKAN BEBAN MANGSA KEBAKARAN KAMPUNG BAHAGIA

sabahheadlines
1 Min Read

SANDAKAN,19 APRIL- Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Sekong, Tuan Safarudin Abu turun padang menyantuni mangsa kebakaran Kampung Bahagia yang kini ditempatkan di Dewan PPR Batu Sapi di sini, hari ini.

Beliau yang hadir bersama barisan kepimpinan parti meluangkan masa berinteraksi dengan mangsa bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai keperluan serta situasi semasa mereka selepas tragedi yang menimpa.

Menurutnya, kunjungan tersebut merupakan tanda sokongan moral serta keprihatinan pihaknya terhadap nasib mangsa yang kehilangan tempat tinggal akibat kebakaran baru-baru ini.

Dalam pada itu Safarudin turut mengarahkan seluruh jentera parti di kawasan Sekong agar berganding bahu dalam usaha membantu mangsa termasuk menyalurkan sumbangan serta tenaga sukarelawan.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua agensi kerajaan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam operasi bantuan sambil menyifatkan tindakan pantas serta komitmen yang ditunjukkan sebagai amat penting dalam memastikan kebajikan mangsa terus terpelihara.

Usaha berterusan pelbagai pihak diharap dapat membantu meringankan beban mangsa selain memberi kekuatan kepada mereka untuk terus tabah menghadapi dugaan.

Share This Article