HAZEM DAN NAIM BERGELAR DATUK

sabahheadlines
1 Min Read

KOTA KINABALU -29 MAC): Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manila Haji Hazem Mubarak Musa dianugerahi Panglima Gemilang Darjah Kinabalu.

Pengurniaan itu membawa gelaran datuk di mana Ahli Parlimen (MP) Kinabatangan Naim Kurniawan Moktar turut tersenarai penerima PGDK.

Seramai 79 orang menerima PGDK dan bergelar datuk. Pengurniaan pingat darjah kebesaran negeri sempena sambutan Ulang Tahun Kelahiran Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri ke-75.

Hanya tiga orang disenaraikan sebagai penerima Seri Panglima Darjah Kinabalu yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima.

Mereka termasuklah Datuk Abdul Farish Abd Rashid, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dan Dato Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Manakala seramai 13 orang disenarai penerima pingat Jaksa Pendamai.

Seramai 117 orang disenaraikan penerima pingat Ahli Setia Darjah Kinabalu, 192 menerima pingat Ahli Darjah Kinabalu, 260 menerima Bintang Setia Kinabalu dan 249 menerima pingat Bintang Kinabalu.

Sementara seramai 113 orang dikurniakan Sijil Penghargaan.

Share This Article