Oleh: SYARMILAH SALLEH

KINABATANGAN: Sambilan keluarga terpaksa beraya di Dewan Pangkalan Bukit Garam,apabila Kampung Muhibbah dilanda banjir pada Selasa.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan Azlan Shah bin Jamalludin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung bencana itu pada jam 9.16 pagi.
“Terdapat sembilan keluarga yang terlibat bencana banjir telah berpindah sendiri ke Dewan Pangkalan Bukit Garam. Tiada pemindahan mangsa dijalankan oleh Pasukan Bomba setakat ini,katanya.
Menurutnya, paras air dilaporkan masih dalam paras bahaya dan Pasukan Bomba memberi khidmat nasihat kepada orang awam untuk berpindah ke tempat selamat sekiranya perlu.
Pemantauan berterusan akan dijalankan di kawasan sekitarnya.
Sembilan keluarga itu membabitkan 34 orang mangsa iaitu enam orang lelaki , wanita ( 9),kanak- kanak(7) dan bayi(4).
TAMAT
