KUALA LUMPUR 26 mac – Kerajaan telah memutuskan untuk menyelaraskan kelayakan Program BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan, berkuat kuasa mulai 1 April 2026.
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata, langkah ini diambil berdasarkan dapatan bahawa majoriti rakyat menggunakan kurang daripada 200 liter bahan api sebulan.
Justeru, penyelarasan ini dilihat lebih bersasar serta mampu memastikan manfaat subsidi dinikmati oleh golongan yang benar-benar memerlukan.
Walau bagaimanapun, harga bahan api di bawah program ini kekal pada kadar RM1.99 seliter sebagai usaha berterusan kerajaan dalam meringankan beban kos sara hidup rakyat.
Kerajaan menegaskan bahawa pendekatan ini selaras dengan komitmen untuk memastikan pengurusan subsidi yang lebih cekap, telus dan mampan, tanpa menjejaskan kesejahteraan rakyat secara keseluruhan.
Orang ramai disarankan untuk mendapatkan maklumat lanjut melalui saluran rasmi kerajaan dari semasa ke semasa.
Oleh : Jalie mohamad
