BATU SAPI,24 Mac -Isu laluan gelap di simpang masuk ke Taman Mawar yang sebelum ini mencetuskan kebimbangan penduduk akhirnya mendapat perhatian apabila kemudahan lampu jalan berjaya disediakan.
Masalah kekurangan pencahayaan di kawasan tersebut, khususnya pada waktu malam, dilaporkan telah menimbulkan pelbagai aduan dalam kalangan pengguna jalan raya dan penduduk setempat berikutan faktor keselamatan.
Ahli Parlimen P.185 Batu Sapi, Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan, mengambil inisiatif menangani perkara itu dengan menyatakan komitmen untuk memperbaiki keadaan laluan berkenaan demi kesejahteraan masyarakat.
Hasil usaha berkenaan, laluan tersebut kini dilengkapi sistem lampu solar yang berfungsi menerangi kawasan sepanjang jalan, sekali gus meningkatkan tahap keselamatan serta keselesaan pengguna.
Penduduk Taman Mawar menyambut baik penambahbaikan itu dan menyifatkannya sebagai langkah proaktif dalam memastikan kemudahan asas terus dipertingkat, sejajar dengan keperluan komuniti setempat.
TAMAT
