KOTA MARUDU, 10 Mac 2026 – Seramai 25 penduduk di Kampung Beliajung, Kota Marudu, terjejas akibat banjir pagi ini, memaksa pihak bomba mengambil tindakan segera memindahkan mangsa ke pusat pemindahan sementara.
Menurut laporan Pegawai Bomba, PBK II Mohd Dini, pihak BBP Kota Marudu menerima panggilan kecemasan pada jam 08:16 pagi sebelum jentera tiba di lokasi sekitar jam 08:49 pagi, kira-kira 17 kilometer dari balai.
Operasi dikawal dan tamat sepenuhnya pada jam 11:00 pagi.
Mangsa yang dipindahkan ke PPS SMK Tandek 2 terdiri daripada tujuh wanita dewasa, tiga lelaki dewasa, lima
kanak-kanak perempuan, sembilan
kanak-kanak lelaki dan seorang bayi perempuan.
Seramai 9 anggota, menggunakan dua kenderaan bagi melaksanakan operasi pemindahan iaitu
FRT-1 dengan 6 anggota
VIGO-1 dengan 3 anggota.
Menurut PBK II Mohd Dini, pemantauan akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan penduduk yang terjejas.
Orang ramai yang memerlukan maklumat lanjut atau bantuan boleh menghubungi Ketua Balai BBP Kota Marudu, PPgB Debli Mamoi di talian 013-8324375.
TAMAT
