Hajiji Pengerusikan Mesyuarat JKKN Sabah Perkukuh Kesiapsiagaan Keselamatan

sabahheadlines
1 Min Read

KOTA KINABALU, 26 Feb – Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) Sabah Bilangan 1 Tahun 2026 yang berlangsung di Menara Kinabalu, hari ini.

Mesyuarat berkenaan memberi tumpuan kepada penilaian menyeluruh aspek keselamatan negeri termasuk mempertingkat tahap kesiapsiagaan, memperkemas koordinasi antara agensi serta memperkukuh kawalan bagi memastikan kedaulatan dan ketenteraman awam terus terpelihara.

Perbincangan turut menekankan keperluan kerjasama strategik yang lebih bersepadu dalam mendepani cabaran keselamatan semasa, khususnya melibatkan kawalan sempadan dan keselamatan perairan negeri.

Hadir sama dalam mesyuarat itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr. Haji Safar Untong; Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun; Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Sabah, Datuk Sh. Sitti Saleha Habib Yussof; Komander Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), Datuk Victor B. Sanjos; Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali; Timbalan Panglima Armada Timur, Laksamana Pertama Erman Shahril Adlan serta Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Sabah, Datuk Awang Yahya.

Mesyuarat berkenaan mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri dalam memastikan tahap keselamatan Sabah sentiasa berada pada tahap tertinggi melalui pendekatan menyeluruh dan penyelarasan berkesan antara semua agensi berkaitan.

TAMAT

Share This Article