TANGKAPAN DUA LELAKI DALAM OPS TAPIS NARKOTIK DI SANDAKAN

sabahheadlines
1 Min Read

Sandakan, 15 Februari – Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND), Ibu Pejabat Polis Daerah Sandakan telah menjalankan Ops Tapis Narkotik pada jam 4.45 petang di Kampung Tinusa 2, Batu 7, Sandakan.

Dalam operasi tersebut, dua (02) lelaki warganegara asing telah ditahan di bawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Hasil ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif Methamphetamine dan Amphetamine (Syabu).

Kedua-dua suspek kini ditahan di lokap untuk siasatan lanjut. Operasi ini adalah selaras dengan komitmen Ketua Polis Daerah Sandakan, George Abd Rakman, dalam membanteras jenayah dadah di daerah ini.

TAMAT

Share This Article