BSJN : OPERASI PUSAT HIBURAN DI PENAMPANG

sabahheadlines
1 Min Read
{"remix_data":[],"remix_entry_point":"challenges","source_tags":["local"],"origin":"unknown","total_draw_time":0,"total_draw_actions":0,"layers_used":0,"brushes_used":0,"photos_added":0,"total_editor_actions":{},"tools_used":{},"is_sticker":false,"edited_since_last_sticker_save":false,"containsFTESticker":false}

EDITOR SH

PENAMPANG: Seramai 250 orang di sebuah pusat hiburan di sini menjalani pemeriksaan najis dadah.

Namun keputusan hasil daripada pemeriksaan itu, 128 lelaki dan 122 wanita, mendapati kesemuanya negatif.

Polis menjalankan operasi bersepadu awal pagi tadi bagi membanteras penyalahgunaan dadah serta aktiviti jenayah lain.

Operasi dilaksanakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang menerusi Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah itu melibatkan pemeriksaan terhadap seramai 250 individu.

Kesemua mereka menjalani ujian saringan awal air kencing.

Polis memaklumkan tiada sebarang tangkapan atau rampasan dadah dilakukan sepanjang operasi berkenaan.

Polis akan terus membuat pemantauan dan operasi secara berkala akan terus di premis hiburan bagi memastikan pematuhan undang-undang serta mengekang sebarang aktiviti menyalahi peraturan.

Orang ramai turut diseru menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti jenayah kepada pihak berkuasa bagi membantu menjaga keselamatan dan ketenteraman awam.

Share This Article