Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Sabah 1447H/2026M Melabuh Tirai

sabahheadlines
1 Min Read
{"remix_data":[],"remix_entry_point":"challenges","source_tags":["local"],"origin":"unknown","total_draw_time":0,"total_draw_actions":0,"layers_used":0,"brushes_used":0,"photos_added":0,"total_editor_actions":{},"tools_used":{},"is_sticker":false,"edited_since_last_sticker_save":false,"containsFTESticker":false}

KOTA KINABALU: Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Sabah bagi tahun 1447H/2026M berlangsung penuh istiadat di Dewan Saadah, Wisma Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), malam tadi.

Majlis berkenaan disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman bersama isteri, Toh Puan Faridah Tussin.

Turut hadir memeriahkan program ialah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor; Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif serta Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Isnin Aliasnih.

Majlis itu menyaksikan penyampaian hadiah kepada para pemenang dan peserta yang memperlihatkan kecemerlangan dalam bidang tilawah dan hafazan, sekali gus memartabatkan syiar Islam melalui penghayatan Al-Quran di negeri ini.

Share This Article