Editor SH
SANDAKAN: Seramai 300 ketua isi rumah di Taman Mawar menerima bantuan bakul makanan menerusi inisiatif Ahli Parlimen P.185 Batu Sapi, Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan bagi meringankan beban kos sara hidup penduduk setempat.
Sumbangan berkenaan disampaikan wakil beliau, Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Batu Sapi, Ajak Haj Sadikal dalam satu program penyampaian bantuan yang diadakan di kawasan berkenaan.
Khairul Firdaus yang juga Menteri Sumber Manusia menegaskan bantuan itu adalah sebahagian usaha berterusan untuk membantu rakyat terutama golongan yang memerlukan, khususnya dalam menampung perbelanjaan barangan keperluan harian.
