SHAHELMEY AGIH LIMAU DALAM WALKABOUT TAHUN BAHARU CINA DI PUTATAN

sabahheadlines
1 Min Read
{"remix_data":[],"remix_entry_point":"challenges","source_tags":["local"],"origin":"unknown","total_draw_time":0,"total_draw_actions":0,"layers_used":0,"brushes_used":0,"photos_added":0,"total_editor_actions":{},"tools_used":{},"is_sticker":false,"edited_since_last_sticker_save":false,"containsFTESticker":false}

Editor SH

PUTATAN: Ahli Parlimen Putatan, Datuk Shahelmey Yahya turun padang menyantuni masyarakat setempat menerusi Program Walkabout sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2026 di sekitar Parlimen Putatan.

Dalam program tahunan itu, beliau mengagihkan limau kepada penduduk sebagai simbol tuah dan kesejahteraan, selain meluangkan masa berinteraksi secara mesra bersama komuniti setempat khususnya masyarakat Tionghua.

Shahelmey berkata program seumpama itu bukan sahaja memeriahkan sambutan perayaan, malah menjadi medium mengeratkan hubungan muhibah serta memperkukuh semangat perpaduan antara kaum.

Turut hadir memeriahkan program ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.24 Tanjung Keramat, Shah Alfie Yahya serta beberapa pemimpin tempatan.

Share This Article