LAHAD DATU,28 NOV-Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menegaskan bahawa Sabah perlu memanfaatkan sepenuhnya kekayaan sumber negeri bagi membangunkan peluang pekerjaan dan membasmi kemiskinan.
Beliau bercakap kepada Media di Majilis Ceramah Mega Warisan bersama calon N.61 Segama dan N.62 Silam di Bandar I-Peak, malam tadi.
Presiden Warisan itu berkata, pertemuan beliau bersama masyarakat di Silam, Segama dan Lahad Datu pada sesi kempen terakhir (ceramah Mega) bertujuan menjelaskan hala tuju Warisan sekiranya diberi mandat untuk membentuk kerajaan.
Besok kita jadi kerajaan..bagaimana kita nak bawa Sabah ini. Bagaimana kita mantapkan keadaan ekonomi di bumi Sabah ini.
“Kita yakin bahawa Sabah sebuah tempat wilayah yang mempunyai kekayaan yang boleh kita dimanfaatkan dan memberi ruang kepada anak-anak Sabah bagi peluang pekerjaan..caranya membasmi kemiskinan dan memberi peluang pekerjaan kepada anak- anak kita supaya tidak berhijrah. Kita kena memungkinkan melahirkan kilang- kilang dan mustahil bagi kita tidak boleh buat kilang – kilang sebab kita mempunyai sumber alam yang ada..,tambahnya.
Beliau berkata, Sabah mempunyai kekuatan ekonomi yang besar melalui sumber minyak, gas dan hasil bumi yang wajar dikembalikan manfaatnya kepada rakyat.
Menurut Shafie, Sabah adalah pengeluar minyak terbesar negara manakala untuk gas negeri itu berada di kedudukan kedua selepas Sarawak.
Namun katanya, kelebihan tersebut belum dimanfaatkan secara optimum walaupun kuasa pengurusan gas dan elektrik telah dipersetujui untuk diserahkan kepada Sabah sejak tahun 2019.
Menurutnya, Melaka sudah mampu menghasilkan ubat seperti Panadol dan penisilin sedangkan di Sabah juga kemampuan itu sebenarnya ada.
Ubat-ubatan boleh dikeluarkan sendiri di sini dan dibekalkan kepada rakyat dengan harga yang lebih murah jika pengeluarannya dibuat di Sabah.
Shafie berkata, pembangunan industri hiliran, peluang pekerjaan dan pengurangan kadar kemiskinan akan menjadi keutamaan Warisan sekiranya diterima rakyat pada hari pengundian esok.
TAMAT
